Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
SIA Kategori 3 meliputi projek pembangunan yang akan ditentukan oleh PLANMalaysia@Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa. Umumnya SIA Kategori 3 meliputi projek- projek selain daripada yang di bawah SIA Kategori 1 dan SIA Kategori 2, tetapi dikenalpasti oleh PLANMalaysia@Negeri atau PBT mempunyai impak sosial yang ketara, dan tidak mencukupi untuk hanya dipertimbangkan melalui Laporan Cadangan Pemajuan yang disediakan di bawah Perenggan 21A(1(ea), Akta A1522;
Oleh itu, bagi projek-projek pembangunan sedemikian, laporan SIA perlu disediakan dan dinilai secara berasingan. Impak Sosial Ketara didefinisikan sebagai impak sosial negatif yang dikenalpasti mempunyai kesan nyata, boleh dijangka dan berlaku secara langsung. Kesan ketara dari impak sosial yang dijangka berlaku memerlukan strategi mitigasi dan pengurusan impak serta langkah-langkah pelaksanaan yang komprehensif.

prosedur_penilaian_SIA.jpeg
PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 June 2025 • Jumlah Pelawat : 43,513
Kembali ke Atas
043513