Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Pahang 1st.

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang). Laman Web ini akan menjadi satu gerbang maklumat dan medium penting sebagai perantara di antara jabatan dan pelanggan. Di laman web ini, kami akan berkongsi info dan data mengenai peranan dan perkhidmatan perancangan bandar dan desa yang mungkin boleh membantu tuan dan puan memahami apakah fungsi dan peranan yang dilaksanakan oleh jabatan kami.

Sebagai peneraju dalam bidang perancangan bandar dan desa, kami beriltizam untuk memastikan perancangan persekitaran dan pembangunan fizikal di Negeri Pahang di laksanakan secara komprehensif, sistematik dan kondusif. Bagi maksud itu, Negeri Pahang telah menyediakan perancangan yang holistik iaitu Rancangan Struktur Negeri Pahang (RSNP) 2050 (RSNP 2050) yang merupakan satu pernyataan bertulis / dokumen perancangan fizikal yang mengandungi dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa. RSNP 2050 ini dilengkapi dengan Pelan Strategik Pembangunan Spatial yang mana ianya menerangkan mengenai dasar-dasar, strategi dan inisiatif pelaksanaan untuk mencapai wawasan Pahang Cemerlang 2050.

Selain daripada RSNP 2050, kami turut terlibat secara langsung dalam penyediaan Rancangan Tempatan Daerah (RTD). RTD ini disediakan untuk menerangkan dengan lebih terperinci dan praktikal segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dalam memajukan tanah berdasarkan cadangan-cadangan umum daripada Rancangan Struktur Negeri. Di antara RTD yang disediakan adalah :-

  1. RTD Kuantan 2035 (Penggantian) - telah diwartakan;
  2. RTD Cameron Highlands 2030 (Penggantian) - telah diwartakan;
  3. RTD Bentong 2035 (Penggantian) - dalam proses warta;
  4. RTD Pekan 2035 (Penggantian) - dalam proses warta;
  5. RTD Raub 2035 (Penggantian) - dalam proses warta;
  6. RTD Temerloh 2035 (Penggantian) - kajian sedang dilaksanakan;
  7. RTD Bera 2035 (Penggantian) - kajian sedang dilaksanakan;
  8. RTD Maran 2035 (Penggantian) - kajian sedang dilaksanakan;
  9. RTD Rompin 2035 (Penggantian) - kajian sedang dilaksanakan;
  10. RTD Jerantut 2020 (Pengubahan 2) - kajian sedang dilaksanakan; dan
  11. RTD Lipis 2020

Selain daripada itu, kami juga turut terlibat di dalam menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) / Pelan Tindakan Khas (PTK) yang mana ianya merupakan satu rancangan tindakan khusus untuk kawasan yang telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri / Pihak Berkuasa Perancang Tempatan bagi tujuan untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara dan juga untuk tujuan pengurusan sesebuah kawasan. Antara RKK/PTK yang disediakan adalah seperti :-

  1. RKK Sungai Lembing;
  2. RKK Bandar Baru Kuala Lipis;
  3. RKK Kuala Tahan 2020;
  4. RKK Tasik Chini;
  5. RKK Pengurusan Pembangunan Bagi Pemeliharaan Tapak RAMSAR Tasik Bera;
  6. PTK Merapoh;
  7. PTK Paya Besar;
  8. RKK Gugusan Pulau Tioman - dalam proses warta;
  9. RKK Teluk Gading - dalam proses warta;
  10. RKK Janda Baik - kajian sedang dilaksanakan;
  11. RKK Genting Highlands - kajian sedang dilaksanakan;
  12. PTK Gebeng - kajian sedang dilaksanakan;
  13. PTK Bandar Baharu Kuala Lipis 3.0 - kajian sedang dilaksanakan; dan,
  14. PTK Benta - dalam penyediaan Terma Rujukan

Selaras dengan konsep Agenda Malaysia MADANI, melalui rukun Kemampanan, kami akan terus menyokong dan memberikan komitmen penuh di dalam merangka dan merancang pembangunan yang mampan, meningkatkan produktiviti kerja, menyebarluas dasar-dasar perancangan kepada semua lapisan masyarakat. Kami juga akan sentiasa proaktif dan responsif terhadap keperluan isu perbandaran yang mengutamakan rakyat agar matlamat menyediakan perbandaran yang mesra komuniti dapat dilaksana selari dengan Agenda Perancangan Pembangunan Negara ke arah Malaysia MADANI ini.

Manakala dari aspek pemerkasaan perkhidmatan awam, kami akan terus menyokong Agenda Malaysia MADANI selaras dengan amanat Ketua Setiausaha Negara mengenai 'The G.R.E.A.T Civil Services' yang merangkumi :-

G - Good Governance (Tadbir Urus Terbaik)
R - Responsible (Bertanggungjawab)
E - Empathy (Ihsan)
A - Accountable (Kebertanggungjawaban)
T- Tenancity of Purpose (Fokus pada Matlamat)

Sehubungan itu, penetapan dasar-dasar ini akan diterjemah dan dilaksana dengan sebainya melalui semua sasaran kerja, aktiviti dan program jabatan serta diharapkan usaha-usaha murni ini akan dapat diteruskan untuk kejayaan di masa akan datang, In Sya Allah.

Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kash kerana mengunjungi laman web Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang) dan semoga Negeri Pahang akan terus diberikan kemakmuran, kemajuan dan limpah rahmat dari Allah S.W.T.

Sekian.

#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#ThisisPahang

Dato' TPr Nik Noraisu Binti Nik Ibrahim, DIMP., AMP.

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang

(PLANMalaysia Pahang)

PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 June 2025 • Jumlah Pelawat : 43,498
Kembali ke Atas
043498