Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Pahang 1st.

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang). Laman Web ini akan menjadi satu gerbang maklumat dan medium penting sebagai perantara di antara jabatan dan pelanggan. Di sini, kami akan berkongsi info dan data mengenai peranan dan perkhidmatan perancangan bandar dan desa yang mungkin boleh membantu tuan dan puan memahami apakah fungsi dan peranan yang dilaksanakan oleh jabatan kami.
Sebagai agensi perancang utama di peringkat negeri, PLANMalaysia Pahang memainkan peranan penting dalam merangka, menyelaras dan melaksanakan dasar serta pelan pembangunan fizikal yang mampan dan seimbang. Berlandaskan visi sebagai ‘’Peneraju Dalam Bidang Perancangan Bandar dan Desa Ke Arah Kelestarian Persekitaran Kehidupan Menjelang Tahun 2030’’, serta misi untuk ‘’Memacu Perancangan Fizikal Negeri Pahang Melalui Pelaksanaan Dasar dan Strategi Perancangan Yang Komprehensif’’, kami komited dalam memastikan setiap perancangan dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik dan kondusif demi kesejahteraan rakyat Negeri Pahang. Untuk tujuan ini, Negeri Pahang telah menyediakan Rancangan Struktur Negeri Pahang 2050 (RSNP 2050), iaitu dokumen perancangan fizikal yang mengandungi dasar serta cadangan strategik berkaitan pemajuan dan penggunaan tanah di kawasan bandar dan desa. RSNP 2050 turut merangkumi Pelan Strategik Pembangunan Spatial yang menjelaskan dasar, strategi dan inisiatif pelaksanaan bagi merealisasikan wawasan Pahang Cemerlang 2050.

Selaras dengan konsep Agenda Malaysia MADANI, khususnya menerusi rukun Kemampanan, kami akan terus menyokong dan melaksanakan perancangan pembangunan yang mampan, meningkatkan produktiviti perkhidmatan, serta menyebarluaskan dasar-dasar perancangan kepada semua lapisan masyarakat. Kami juga akan kekal proaktif dan responsif dalam memenuhi keperluan rakyat dan pihak berkepentingan dengan menerapkan prinsip ease of doing business bagi memastikan proses perancangan yang lebih mesra, cekap dan berkesan. Pendekatan ini selaras dengan matlamat mewujudkan perbandaran yang mesra komuniti, sekali gus menyokong Agenda Perancangan Pembangunan Negara ke arah pencapaian aspirasi Malaysia MADANI."
Manakala dari aspek pemerkasaan perkhidmatan awam, kami akan terus menyokong Agenda Malaysia MADANI selaras dengan amanat Ketua Setiausaha Negara mengenai 'The G.R.E.A.T Civil Services' yang merangkumi:-
G - Good Governance (Tadbir Urus Terbaik)
R - Responsible (Bertanggungjawab)
E - Empathy (Ihsan)
A - Accountable (Kebertanggungjawaban)
T- Tenancity of Purpose (Fokus pada Matlamat)

Sehubungan itu, penetapan dasar-dasar ini akan diterjemah dan dilaksana dengan sebaiknya melalui semua sasaran kerja, aktiviti dan program jabatan serta diharapkan usaha-usaha murni ini akan dapat diteruskan untuk kejayaan di masa akan datang, In Sya Allah.
Akhir kata, saya berharap laman ini dapat menjadi sumber rujukan yang berguna, mesra pengguna dan informatif kepada semua. Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap usaha kami ke arah pembangunan negeri Pahang yang lebih terancang dan berdaya saing. Teruskan mengikuti perkembangan kami untuk maklumat terkini berkenaan dasar dan pelaksanaan perancangan di Negeri Pahang. Semoga Negeri Pahang akan terus diberikan kemakmuran, kemajuan dan limpah rahmat dari Allah S.W.T.
Sekian.
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#ThisisPahang

Dato' TPr Nik Noraisu Binti Nik Ibrahim, DIMP., AMP.

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang

(PLANMalaysia Pahang)

PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 03 Oktober 2025 • Jumlah Pelawat : 47,681
Kembali ke Atas
047681