Senarai 'Coffee Table Book' Terbitan PLANMalaysia Pahang

Tersorok di bahagian hutan simpan dalam Daerah Lipis, sebuah bandar kecil yang permai iaitu Kuala Lipis. Sungguhpun begitu, nilai-nilai kepentingannya sebagai bekas Ibu Negeri dan Pusat Pentadbiran Pahang suatu masa dahulu masih terdapat pada struktur dan senibina kolonial. Padat dengan sejarah, tidak hairan Kuala Lipis terkenal sebagai Bandar Warisan Pahang. Penerbitan ini bertujuan mempromosikan keunikan perancangan dan reka bentuk bandar Kuala Lipis kepada umum.
Daerah Kuala Lipis bersempadan dengan Daerah Jerantut (Timur) dan Temerloh (Selatan). Bandar Kuala Lipis berkeluasan 166 hektar meliputi Bandar lama, Bukit Bius dan Bukit Residen. Kedudukannya terletak 220 km dari Kuantan dan hanya 164 km dari Kuala Lumpur.

Setiap nama mempunyai keunikan asal usul yang tersendiri. Asal usul nama Jerantut telah disebut dan digunapakai semenjak zaman dahulu lagi iaitu pada masa sebelum pemerintahan Sultan Ahmad (Wan Ahmad) iaitu Sultan Pahang yang pertama. Asal usul nama Jerantut mempunyai dua variasi berbeza sepertimana yang diceritakan oleh penduduk tempatan.
Berdasarkan cerita orang tua-tua bahawa asal usul perkataan "Jerantut" adalah berasal dari perkataan "Jeram" dan "Tut" yang diambil daripada nama orang "Awang Tut" yang sering mengail di kawasan jeram di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya
perkataan "Jerantut" Pekan ini dipanggil "Simpang Empat" iaitu satu tempat dimana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalanraya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914 nama "Simpang 4" ditukar kepada "Jerantut" . Mengisahkan pemburu dimana asal nama Jerantut dikaitkan juga dengan kisah cara orang kampung mendapatkan hasil buruan dengan cara menghalau buruan mereka
ke Jeram dan apabila mereka sampai ke Jeram mereka akan bertanya sesama mereka di manakah buruan itu. Mereka akan menjawab ke “Jeram tu”…..”Jeram tu” lama kelamaan kekal lah namanya hingga ke hari ini Jerantut.

Pekan merupakan kesinambungan kepada kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Pekan dikatakan telah wujud sejak abad ke-17. Bermula daripada tahun 1889 sehingga tahun 1898, Pekan telah diangkat sebagai ibu negeri Pahang. Bandar Pekan terkenal sebagai Bandar DiRaja kerana merupakan tempat bersemayam Sultan dan kerabat DiRaja Pahang. Bandar Pekan terkenal sebagai bandar yang aman, tenteram serta sentiasa menampilkan ciri-ciri bandar DiRaja. Reka bentuk bangunan-bangunan lama turut mempunyai keunikan tersendiri, terutama sekali rekaan bentuk bangunan istana yang sangat ikonik.
Daerah Pekan terletak di bahagian timur Negeri Pahang , bersempadan dengan Daerah Kuantan di utara, Daerah Rompin di selatan,dan Daerah Maran di sebelah barat. Keluasan Daerah Pekan ialah 380,500 hektar (3,805 km persegi), daerah keempat terbesar di Negeri Pahang yang mengandungi 11 mukim. Bandar Pekan berada di sepanjang tebing Sungai Pahang, sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu sepanjang 477.97 km (297 batu).


Kandungan halaman ini sedang dikemaskini.