Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) adalah sebuah mesyuarat yang diadakan oleh jawatankuasa peringkat negeri di Malaysia untuk membincangkan, merancang, dan meluluskan perkara-perkara berkaitan dengan pembangunan, perancangan fizikal, dan penggunaan tanah di negeri tersebut. Jawatankuasa ini berperanan sebagai badan penasihat utama dalam memastikan pembangunan negeri sejajar dengan dasar-dasar dan keperluan yang ditetapkan.

Menggariskan tugas dan tanggungjawab PLANMalaysia Pahang (JPBD Pahang) sebagai sekretariat kepada mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).
Menerangkan tatacara pengendalian sebelum, semasa dan selepas mesyuarat merangkumi panggilan mesyuarat, persiapan tempat, penyediaan kertas kerja, minit mesyuarat dan maklumbalas mesyuarat JPN.
Penubuhan Jawatankuasa Perancang Negeri dan fungsinya telah dinyatakan dalam seksyen 4 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Fungsi-fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri adalah seperti yang berikut:
  • Untuk menggalakkan dalam Negeri, dalam rangka dasar negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri;
  • Untuk mengawal selia, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di dalam Negeri;
  • Untuk menasihati Kerajaan Negeri, sama ada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri, mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri; dan
  • Untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyelenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya.
PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 14 Januari 2026 • Jumlah Pelawat : 52,634
Kembali ke Atas
052634