Jawatankuasa ini ditubuhkan selaras dengan keputusan-keputusan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Jawatankuasa Perancang Negeri dan saranan dari Majlis Perancang Fizikal Negara seperti dipara 1 dan dinamakan sebagai Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTKSAS). Jawatankuasa ini akan memberi tumpuan kepada pengawalan pemajuan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit.
2.2 Penubuhan jawatankuasa ini juga diselaraskan dengan Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Pemajuan Tanah Bukit, Tanah Tinggi danLereng Bukit) (Pahang) 2019 yang telah diwartakan pada 31 Julai2019.
2.3 JTKSAS akan membincang dan mempertimbang permohonanpermohonan perbandaran (perumahan, perniagaan, pelancongan dan perindustrian) bagi kawasan tanah tinggi dan lereng bukit seperti berikut :
a) Semua kawasan tanah tinggi dengan ketinggian 300 meter dan ke atas atau kawasan yang berkecerunan 25 darjah dan ke atas di semua daerah Negeri Pahang selain Daerah Cameron Highlands dan kawasan Genting Highlands, Bukit Tinggi dan Janda Baik di daerah Bentong; dan
b) Khusus bagi Daerah Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Tinggi dan Janda Baik, semua permohonan pemajuan perbandaran di kawasan lereng bukit berkecerunan 25 darjah ke atas dengan cadangan pembangunan berdensiti 20 unit/ekar ke atas atau nisbah plot 1 :3.
2.4 Had ketinggian bangunan, zon hijau sebagai zon penampan dan nisbah plot tertakluk kepada Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas sepertimana kelulusan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
2.5 Tertakluk kepada pekeliling, garis panduan dan arahan-arahan semasa yang berkuatkuasa di Negeri Pahang semasa sesuatu permohonan JTKSAS dipertimbangkan.
2.6 JTKSAS ini juga tertakluk kepada surat Pekeliling YB. Setiausaha Kerajaan Pahang Bilangan 4 Tahun 2021 : Mekanisme Pengawalan Pembangunan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Di Negeri Pahang bertarikh 19 Mac 2021.
2.7 JTKSAS ini juga tertakluk kepada surat Pekeliling YB Setiausaha
Kerajaan Pahang Bilangan 5 Tahun 2021 : Mekanisme
Pengawalan Pembangunan Di Cameron Highlands bertarikh 19
Mac 2021.
Peranan dan fungsi JTKSAS adalah sebagaimana berikut :
a) Menerima dan menilai secara terperinci aspek-aspek teknikal bagi permohonan-permohonan pembangunan perbandaran di kawasan KSAS tanah tinggi dan lereng bukit bagi kawasan-kawasan sepertimana ditetapkan di para 2.3;
b) Menilai pelan dan laporan bagi permohonan-permohonan yang melibatkan kawasan tanah tinggi 300 meter ke atas dan lereng bukit berkecerunan melebihi 25 darjah seperti berikut:
i. Pelan Susunatur;
ii. Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) perlu mengandungi analisa kecerunan dan peta kesesuaian pembangunan;
iii. Laporan Kajian Geoteknikal;
iv. Laporan Pemetaan Geologi Terrain;
v. Pemetaan Geobencana (Hazard Map);
vi Laporan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP);
vii. Laporan Cadangan Sistem Saliran berdasarkan Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA);
viii. Pelan Kerja Tanah;
ix. Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA); dan
x. Lain-lain laporan impak seperti yang akan ditentukan.
c) Mengadakan lawatan tapak bagi menilai ciri-ciri fizikal tapak;
d) Memberi nasihat dan membuat perakuan mengenai had pembangunan yang boleh dilaksanakan terutamanya dari aspek pematuhan kepada langkah-langkah pemeliharaan kawasan cerun semulajadi dan cerun buatan manusia (man-made slope), dengan kerja-kerja pemuliharaan dan penstabilan yang bersesuaian ke
atas cerun;
e) Mengemukakan keputusan syor-syor kepada pemohon dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan termasuklah keperluan supaya pemohon atau pemaju melantik pakar geoteknik sebagai pemeriksa bebas (independent checker) untuk memeriksa dan memantau kerja-kerja semasa dan setelah siap pembinaan di kawasan pemajuan dan lot-lot berjiran;
f) Mengemukakan syor-syor berkaitan permohonan-permohonan pembangunan tanah tinggi dan lereng bukit kepada Jawatankuasa Perancang Negeri; dan
g) Mengemukakan pelaporan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri atau Pihak Berkuasa Negeri jika perlu atau berdasarkan arahan dari semasa ke semasa.