Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Lembaga Rayuan Negeri Pahang

Lembaga Rayuan merupakan sebuah badan berkecuali yang ditubuhkan di bawah Bahagian VI seksyen 36 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Sebelum penubuhan Lembaga Rayuan, orang awam yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) tidak mempunyai saluran lain untuk merayu kecuali merayu semula kepada PBPT tersebut atau merujuk kepada mahkamah, yang melibatkan proses yang rumit dan panjang. Kini Lembaga Rayuan menjadi saluran atau mekanisme yang bertujuan memudahkan pihak awam dan pihak-pihak yang terkilan untuk mengemukakan rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusanPBPT.

Penubuhan Lembaga Rayuan akan melengkapkan proses perancangan sesebuah negara. Impak penubuhan Lembaga Rayuan adalah amat ketara kerana wujudnya satu institusi yang dapat memberi pertimbangan semula terhadap keputusan PBPT mengenai perancangan bandar dan desa. Dengan wujudnya Lembaga Rayuan akan menyebabkan PBPT akan lebih berhati-hati dalam memberi keputusan perancangan serta menjadikan proses kelulusan perancangan lebih telus dan terbuka serta mengurangkan kes-kes berkaitan perancangan bandar dan desa yang dibawa terus ke mahkamah.

Lembaga Rayuan merupakan “mahkamah perancangan” yang diwujudkan di bawah seksyen 36 Akta 172 dan berfungsi untuk mendengar kes-kes berkaitan perancangan bandar dan desa.

Panduan Pelaksanaan Akta (PPA) 172 : Lembaga Rayuan ini bertujuan untuk menggariskan aspek-aspek penting yang boleh dijadikan rujukan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli, Pendaftar dan Urus Setia Lembaga Rayuan dalam mentadbir pengurusan Lembaga Rayuan. Selain itu, PPA ini boleh dijadikan rujukan oleh perayu (orang yang terkilan), responden (PBPT), ejen atau wakil bagi pihak perayu dan responden atau pencelah.

PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 Jun 2025 • Jumlah Pelawat : 43,516
Kembali ke Atas
043516