Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Kenali PLANMalaysia Pahang

PLANMalaysia Pahang, atau nama rasminya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang, merupakan agensi perancang fizikal utama negeri yang memainkan peranan penting dalam merancang pembangunan yang mampan, tersusun dan berdaya huni. Bertindak sebagai agensi penasihat utama Kerajaan Negeri tentang semua hal berkaitan perancangan bandar dan desa termasuk pemeliharaan, penggunaan dan pembangunan tanah.


Penubuhan PLANMalaysia Pahang dan amalan perancangan yang dilaksanakan selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], serta tertakluk kepada undang-undang semasa yang berkuat kuasa di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.


Sebagai tunjang utama dalam merancang dan membentuk landskap fizikal Negeri Pahang, PLANMalaysia Pahang memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan negeri berlaku secara terancang, mampan dan seimbang. Kefahaman masyarakat terhadap fungsi dan tanggungjawab jabatan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kerjasama awam tetapi juga menyumbang ke arah pembangunan Pahang yang lebih maju dan inklusif.

PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 03 Oktober 2025 • Jumlah Pelawat : 47,681
Kembali ke Atas
047681