Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Pahang 1st.

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang). Laman Web ini akan menjadi satu gerbang maklumat dan medium penting sebagai perantara di antara jabatan dan pelanggan. Di sini, kami akan berkongsi info mengenai peranan dan perkhidmatan perancangan bandar dan desa yang mungkin boleh membantu tuan dan puan memahami apakah fungsi dan peranan yang dilaksanakan oleh jabatan kami.

Sebagai agensi perancang utama di peringkat negeri, PLANMalaysia Pahang memainkan peranan penting dalam merangka, menyelaras dan melaksanakan dasar serta pelan pembangunan fizikal yang mampan dan seimbang. Berlandaskan visi sebagai ‘’Peneraju Dalam Bidang Perancangan Bandar dan Desa Ke Arah Kelestarian Persekitaran Kehidupan Menjelang Tahun 2030’’, serta misi untuk ‘’Memacu Perancangan Fizikal Negeri Pahang Melalui Pelaksanaan Dasar dan Strategi Perancangan Yang Komprehensif’’, kami komited dalam memastikan setiap perancangan dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik dan kondusif demi kesejahteraan rakyat Negeri Pahang.Untuk tujuan ini, Negeri Pahang telah menyediakan Rancangan Struktur Negeri Pahang 2050 (RSNP 2050), iaitu dokumen perancangan fizikal yang mengandungi dasar serta cadangan strategik berkaitan pemajuan dan penggunaan tanah di kawasan bandar dan desa. RSNP 2050 turut merangkumi Pelan Strategik Pembangunan Spatial yang menjelaskan dasar, strategi dan inisiatif pelaksanaan bagi merealisasikan wawasan Pahang Cemerlang 2050.

Dokumen ini seterusnya menjadi salah satu rujukan utama kepada penyediaan Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) di setiap daerah. Melalui hierarki perancangan ini, dasar dan strategi yang digariskan di peringkat negeri akan diterjemahkan dengan lebih terperinci dan selaras dengan matlamat pembangunan mampan di peringkat negeri dan tempatan.

Akhir kata, saya berharap laman ini dapat menjadi sumber rujukan yang berguna, mesra pengguna dan informatif kepada semua. Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap usaha kami ke arah pembangunan negeri Pahang yang lebih terancang dan berdaya saing. Teruskan mengikuti perkembangan kami untuk maklumat terkini berkenaan dasar dan pelaksanaan perancangan di Negeri Pahang. Semoga Negeri Pahang akan terus diberikan kemakmuran, kemajuan dan limpah rahmat dari Allah S.W.T.

Sekian.

#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#AspirasiPahang1st
#IMPahang

Dato' TPr Nik Noraisu Binti Nik Ibrahim, DIMP., AMP.

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang

(PLANMalaysia Pahang)

PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 14 كانون2/يناير 2026 • Jumlah Pelawat : 52,644
Kembali ke Atas
052644