DEFINISI PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA)
Suatu proses menganalisis, memantau dan mengurus impak-impak positif dan negatif sama ada yang dijangka atau di luar jangkaan serta proses-proses perubahan sosial hasil daripada pelaksanaan sesuatu dasar, program, pelan atau projek.
Sumber : International Principles for Social Impact Assessment
SIA KATEGORI B
SIA Kategori B meliputi projek pembangunan yang ditentukan oleh PLANMalaysia Pahang atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Umumnya SIA Kategori B meliputi projek perindustrian, pengurusan sisa, tenaga & utiliti, jalan raya, penebusgunaan pinggir laut, rumah pekerja, komersial dan lain-lain projek pembangunan yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) atau PBT dari semasa ke semasa yang mana ianya tidak mencukupi diberi pertimbangan melalui Laporan Cadangan Pemajuan yang disediakan di bawah Perenggan 21A(1)(ea), Akta A1522 sahaja.
Oleh itu, bagi projek-projek pembangunan sedemikian, laporan SIA perlu disediakan dan dinilai secara berasingan. Impak Sosial Ketara didefinisikan sebagai impak sosial negatif yang dikenalpasti mempunyai kesan nyata, boleh dijangka dan berlaku secara langsung. Kesan ketara dari impak sosial yang dijangka berlaku memerlukan strategi mitigasi dan pengurusan impak serta langkah langkah pelaksanaan dan pemantauan yang komprehensif.
Perenggan 21A(1)(ea), Akta A1522 :
Akta A1522 ialah Akta Pindaan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta172). Perenggan 21A(1)(ea) adalah salah satu pindaan yang diperkenalkan untuk memperkukuhkan proses kawalan pembangunan.
• Tujuan: Peruntukan ini menghendaki penyediaan dan penyerahan laporan tertentu, khususnya Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), sebagai dokumen sokongan untuk cadangan pembangunan.
• Penilaian Impak Sosial (SIA): Di bawah perenggan ini, bagi projek pembangunan tertentu, laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) perlu disediakandan dikemukakan. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan pembangunan mengambil kira dimensi manusia dan komuniti.
• Kategori Pembangunan: Pembangunan yang memerlukan laporan di bawah perenggan 21A(1)(ea) biasanya dirujuk sebagai "Kategori B" dalam konteks SIA di peringkat negeri, di mana Pihak Berkuasa Negeri menentukan keperluan tersebut. Ia berbeza daripada "Kategori A" di bawah Seksyen 20B Akta A1522, yang memerlukan nasihat daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).
• Prosedur: Laporan yang disediakan di bawah perenggan ini berfungsi sebagai alat perancangan dan juga alat membuat keputusan untuk kerajaan persekutuan, negeri, dan tempatan bagi memastikan inisiatif pembangunan selaras dengan aspirasi negara dan kesejahteraan komuniti sekitar pembangunan.