Laporan Profil Daerah Negeri Pahang ini merangkumi secara ringkas maklumat-maklumat asas di setiap daerah di Negeri Pahang. Maklumat asas bagi setiap daerah ini penting dalam membantu memberikan input secara umum dalam merancang pembangunan di Negeri Pahang.
Negeri Pahang mempunyai 11 Daerah dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Keseluruhan keluasan Negeri Pahang adalah seluas 3,596,585.00 hektar dan merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Setiap daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran / Daerah.
Sumber utama data/maklumat bagi laporan ini adalah daripada Laporan Rancangan Struktur Negeri Pahang (RSN) 2050. Data/maklumat yang diperolehi melibatkan Tahun 2016 dan 2017.