Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Semakan Maklumat Perancangan

Pelanggan boleh membuat dua (2) kategori semakan maklumat perancangan di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang) seperti berikut:
i. Semakan Zoning; dan
ii. Semakan Maklumat Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS):
Semakan zoning dan KSAS dibuat berdasarkan rancangan pemajuan yang diwartakan. Rancangan pemajuan dalam konteks ini adalah rancangan tempatan (RT) daerah. Semakan zoning dan KSAS juga boleh dibuat berdasarkan rancangan struktur negeri (RSN) dan rancangan kawasan khas (RKK) tertakluk kepada sebarang kelulusan penguna pakaian dokumen rancangan pemajuan tersebut di peringkat Pihak Berkuasa Negeri Pahang dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) yang berkaitan.
Tatacara dan Proses Semakan Pemohon perlu membawa bersama dokumen berikut dan diserah kepada pegawai bertugas di kaunter untuk membuat semakan:
• Satu (1) salinan pelan tapak daripada pejabat tanah yang mengandungi lot sekitar tapak (bukan PT); dan
• Satu (1) salinan geran tanah (tanah milik) dalam bentuk hardcopy untuk diserahkan.




tatacara_semakanmaklumatperancangan.jpeg

Tempoh Masa

Tempoh masa untuk semakan maklumat perancangan bagi 1 kawasan/lot tanah adalah satu (1) hari bekerja. Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan melibatkan bilangan kawasan/lot yang banyak tempoh masa yang diperlukan melebih 1 hari bekerja.

Caj Bayaran
1 kawasan/lot dikenakan caj bayaran sebanyak RM10.00

Masa Operasi
Isnin-Khamis:
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
2.30 petang – 4.00 petang

Jumaat:
8.00 pagi – 11.30 tengah hari

Hari di Akhir Bulan:
8.00 pagi – 11.30 pagi

PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 حزيران/يونيو 2025 • Jumlah Pelawat : 43,516
Kembali ke Atas
043516