DEFINISI PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA)
SIA didefinisikan sebagai satu proses menganalisis, memantau dan mengurus impak sosial yang dijangka berlaku atau yang tidak terjangka sama ada impak positif atau negatif, ke atas sesuatu langkah intervensi (dasar, program, pelan dan projek) dan apa-apa proses perubahan sosial yang terhasil daripada langkah intervensi tersebut.
sumber : (The International Principles for Sosial Impact Assessment, 2015)
SIA Kategori 3
SIA Kategori 3 meliputi projek pembangunan yang akan ditentukan oleh PLANMalaysia@Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa. Umumnya SIA Kategori 3 meliputi projek selain daripada yang di bawah SIA Kategori 1 dan SIA Kategori 2, tetapi dikenalpasti oleh PLANMalaysia@Negeri atau PBT mempunyai impak sosial yang ketara, dan tidak mencukupi untuk hanya dipertimbangkan melalui Laporan Cadangan Pemajuan yang disediakan di bawah Perenggan 21A(1)(ea), Akta A1522;
Oleh itu, bagi projek-projek pembangunan sedemikian, laporan SIA perlu disediakan dan dinilai secara berasingan. Impak Sosial Ketara didefinisikan sebagai impak sosial negatif yang dikenalpasti mempunyai kesan nyata, boleh dijangka dan berlaku secara langsung. Kesan ketara dari impak sosial yang dijangka berlaku memerlukan strategi mitigasi dan pengurusan impak serta langkah-langkah pelaksanaan yang komprehensif.