Akta 172
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]
Diperbuat menurut Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan. Ianya hanya berkuat kuasa di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun pemakaian bagi negeri-negeri hanya boleh dibuat pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan dengan persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adalah menggunakan undang-undang perancangannya yang tersendiri. Pada asalnya Akta 172 mengandungi 9 Bahagian dengan 59 Seksyen dan kemudiannya telah dipinda sebanyak 5 kali di antara tahun 1993 hingga tahun 2017
Akta A866 (Pindaan)
Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan)1993 [Akta A866]
Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 1995 [Akta A933]
Akta A1129 (Pindaan)
Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2001 [Akta A1129]
Akta ini juga memuatkan dua bahagian baru iaitu Bahagian IIA Jawatankuasa Perancang Wilayah dan Bahagian IIB Rancangan Fizikal Negara. Pindaan ini juga memperkenalkan beberapa pendekatan baru khususnya dalam sistem rancangan pemajuan dan juga kawalan perancangan dalam Akta 172.
Akta A1313 (Pindaan)
Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2007 [Akta A1313]
Akta A1522 (Pindaan)
Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 [Akta A1522]
Keperluan pindaan dibuat adalah bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif ke arah pembangunan masyarakat yang saksama. Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment (SIA) di dalam perancangan projek merupakan pendekatan penilaian impak pemajuan yang berteraskan sosial yang memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat. Ia berperanan menilai isu-isu dari sesuatu cadangan pemajuan dengan mencadangkan alternatif pembangunan dan membuat pilihan terbaik bagi mengelakkan impak serta meminimumkan kesan negatif kepada komuniti.