Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA (MPFN) ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 2A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 19761 (Pindaan) 2001, [Akta A1129] sebagai usaha untuk penyelarasan dan keseimbangan kuasa di antara kerajaan pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa.

Ini adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menyenaraikan perancangan bandar dan desa di bawah Senarai Bersama di dalam Jadual Kesembilan, di mana kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam hal ini.

Majlis ini merupakan Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia.

MPFN dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri yang mempunyai tanggungjawab berkaitan perancangan bandar dan desa.

Keahlian MPFN sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 2A(1) Akta 172 adalah seperti berikut:
  • Seorang Pengerusi, iaitu Perdana Menteri;
  • Seorang Timbalan Pengerusi, iaitu Timbalan Perdana Menteri;
  • Menteri (yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa);
  • Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, jika dia bukan juga Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa;
  • Menteri Kewangan;
  • Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah;
  • Menteri Besar atau Ketua Menteri tiap-tiap Negeri;
  • Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan; dan
  • Tidak lebih daripada tujuh (7) ahli lain yang hendaklah dilantik oleh Pengerusi.
PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 20 June 2025 • Jumlah Pelawat : 43,557
Kembali ke Atas
043557