Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita Terkini

Mesyuarat Urusan Rundingan 20A Negeri Pahang Bil.4/2024

30 كانون1/ديسمبر 2024

30 Disember 2024 | Isnin | Bilik Mesyuarat, BPEN Pahang
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YH Dato' Ali Syahbana bin Sabaruddin, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) selaku Pengerusi bagi Mesyuarat Urusan Rundingan 20A Negeri Pahang dan turut dihadiri Puan Suraya binti Haji Dahlan, Timbalan Pengarah PLANMalaysia Pahang selaku Setiausaha mesyuarat.
Mesyuarat ini telah merundingkan 12 permohonan mengikut keperluan Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Antara projek pembangunan yang dibincangkan adalah :-
1) Pembinaan bangunan tambahan Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin, Kuantan,
2) Pembinaan bangunan tambahan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Balok Makmur, Kuantan,
3) Membina satu blok bangunan asrama pelajar beserta kelengkapan perabot asrama di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah,
4) Pembangunan semula bangunan daif di Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin, Kuala Rompin , Pahang,
5) Cadangan membina dan menyiapkan dewan terbuka Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) dalam kawasan sekolah di SK Benta Kuala Lipis,
6) Membina dan menyiapkan satu (1) blok asrama lelaki tiga (3) tingkat bagi Sekolah Menengah Agama Al - Taufiqiah Al- Asriah, Tanjung Besar, Lipis.
7) Cadangan membina dan menyiapkan satu(1) blok asrama tiga (3) tingkat bagi Sekolah Menengah Agama Enyail Al- Maarif Muip di Ulu Cheka, Jerantut.
8) Cadangan meroboh 3 unit rumah guru dan membina semula blok kuarters serta lain- lain kemudahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Mat Daling, Jerantut.
9) kerja penambahbaikan kolam takungan sedimen dan pembinaan Check Dam di Hulu Tadahan Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai serta kerja-kerja berkaitan, Cameron Highlands,
10) Permohonan rundingan bagi membina Masjid di Felda Selendang 2, Rompin,
11) Cadangan penggantian dewan makan asrama di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bentong Pahang,
12) Pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (FELDA) Kota Gelanggi 1, Jerantut.
 
Galeri Gambar : https://www.facebook.com/share/p/14i2Kx5NEa/
PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 حزيران/يونيو 2025 • Jumlah Pelawat : 43,517
Kembali ke Atas
043517