Taklimat Penyediaan Manual Piawaian Perancangan Negeri Pahang Edisi 2.0 (MPPNP 2.0)
18 حزيران/يونيو 2025
PLANMalaysia Pahang berbesar hati menerima kunjungan rasmi Encik Wan Rahim bin Wan Mustapha, Timbalan Pengarah (Perancangan) bersama delegasi dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan, dalam sesi taklimat dan perkongsian berkenaan Manual Piawaian Perancangan Negeri Pahang Edisi 2.0 (MPPNP 2.0).
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Fairuz binti Hashim, Penolong Pengarah Kanan selaku wakil Pengarah PLANMalaysia Pahang, diikuti sesi perkongsian yang turut disertai pegawai dari Bahagian Kawalan Perancangan, Bahagian Rancangan Pembangunan dan Bahagian Perancangan Korporat.
Terima kasih diucapkan kepada PLANMalaysia Kelantan atas keterbukaan dalam bertukar pandangan dan pengalaman. Semoga jalinan kerjasama antara negeri ini akan terus diperkukuh demi memperkasa sistem perancangan bandar dan desa yang lebih lestari dan berkesan.
Klik untuk Facebook PLANMalaysia Pahang
Klik untuk Facebook PLANMalaysia Pahang