Mesyuarat Verifikasi Data dan Penyelarasan Data (MURNInets) Tahun 2025
05 June 2025
Mesyuarat pada hari ini telah dipengerusikan oleh Puan Siti Nurhidayah binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan, PLANMalaysia Pahang sebagai wakil Pengarah dan mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh Pusat Operasi MURNInets Kebangsaan, Bahagian Kemampanan Bandar dan Persekitaran Hijau KPKT, jabatan/agensi pembekal data di peringkat negeri serta 11 Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Pahang.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi mendengar hasil analisis, membuat verifikasi data dan penyelarasan data MURNInets bagi tahun 2025.
Pelaksanaan MURNInets 2.0 tahun ini akan dilaksanakan dengan menggunakan 51 penunjuk kemampanan (24 penunjuk negeri dan 27 penunjuk PBT yang juga telah diselaraskan dengan matlamat pembangunan Sustainable Developments Goals (SDGs).
Semoga pelaksanaan MURNInets pada tahun 2025 menunjukkan peningkatan kemampanan bandar seterusnya memberi kebaikan kepada semua penduduk di negeri Pahang.
Terima kasih diucapkan kepada jabatan dan agensi yang memberikan komitmen menjayakan mesyuarat pada hari ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas
Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas