Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita Terkini

Program Sentuhan Makmur Negeri Pahang Peringkat Daerah Jerantut

12 June 2025

Jerantut

 
12 Jun 2025 | Khamis | Jerantut, Pahang
Timbalan Pengarah PLANMalaysia Pahang, Puan Suraya binti Haji Dahlan, bersama pegawai - pegawai jabatan turut serta dalam Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang Peringkat Daerah Jerantut Tahun 2025 di Kampung Teh dan menyantuni seramai 10 ketua isi rumah (KIR) bagi menyampaikan bantuan dan mendapatkan maklum balas berkaitan bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Program ini juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang melibatkan penyertaan penjawat awam negeri dan persekutuan dalam usaha menyantuni rakyat. Ianya juga bertujuan untuk menyalurkan bantuan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Program ini dirasmikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang Dato’ Indera Nazri Abu Bakar. Turut serta dalam program ini YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang Dato' Haji Fadzilla bin Haji Salleh dan ketua-ketua jabatan negeri Pahang.
➡️ Ikuti kami 👇🏻👇🏻👇🏻 Follow, Like dan Share 🔊
PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 June 2025 • Jumlah Pelawat : 43,516
Kembali ke Atas
043516