Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita Terkini

Bengkel Sesi Latihan Pengguna Modul Pembelian Terus Sistem ePPHG

12 Januari 2026

Bilik Latihan Komputer, JPNP Pahang

Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Adibah binti Ab Raub, Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan) dari Seksyen Aset dan Perolehan, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang dan dihadiri seramai 20 orang peserta yang dilantik sebagai Pentadbir dan Pengguna Sistem ePPHG bagi Modul Pembelian Terus.
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan kefahaman berkaitan tatacara penggunaan Modul Pembelian Terus bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan ketelusan dalam Sistem ePPHG ini.
Melalui sesi penerangan dan latihan amali yang dijalankan, bengkel ini diharapkan dapat memantapkan tahap penguasaan peserta terhadap penggunaan sistem serta memastikan pelaksanaan perolehan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bahagian Pentadbiran
 
PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 28 Februari 2026 • Jumlah Pelawat : 54,946
Kembali ke Atas
054946