5
Januari 2026 | Khamis | Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, PLANMalaysia Pahang
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YH Dato' TPr Nik Noraisu binti Nik Ibrahim, Pengarah PLANMalaysia Pahang dan dihadiri oleh semua pegawai peringkat Pengurusan & Profesional dan TA Kanan dari setiap bahagian.
Objektif utama mesyuarat adalah untuk membincangkan sasaran kerja dan pelaksanaan program jabatan bagi memastikan inisiatif dapat dilaksanakan secara terancang, berkesan dan selaras dengan hala tuju perancangan jabatan.
Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan untuk menyelaraskan tindakan di setiap bahagian dalam menangani isu-isu berkaitan kecekapan pemprosesan permohonan dan hasil jabatan, serta memperkukuhkan kerjasama antara bahagian bagi memastikan matlamat jabatan dapat dicapai dengan lebih berkesan.