Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Khidmat Nasihat Perancangan

Khidmat Nasihat Perancangan

Pengenalan
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang) merupakan Jabatan yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan Perancangan Bandar dan Desa di Negeri Pahang selaras dengan fungsi Jabatan sebagai agensi yang memberi khidmat nasihat perancangan yang komprehensif, inovatif dan inklusif bagi memenuhi aspirasi pembangunan kepada semua pemegang taruh dan pelanggan.

Jenis Khidmat Nasihat Perancangan
1. Ulasan perancangan berkaitan permohonan:
i. Kebenaran Merancang;
ii. Perancangan Tapak;
iii. Tukar Syarat Tanah;
iv. Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA);
v. Penilaian Impak Lalulintas (TIA);
vi. Permohonan Rundingan dibawah seksyen 20A, Akta 172;
vii. Projek Pelaburan Pembangunan;
viii. Projek Pelaburan Pertanian; dan
ix. Lain-lain ulasan perancangan kepada agensi kerajaan dan pihak swasta.

2. Khidmat nasihat perancangan kepada agensi kerajaan dan pihak swasta berkaitan:
i. Khidmat nasihat perundangan berkaitan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
ii. Khidmat nasihat kawalan perancangan dan pembangunan berdasarkan rancangan pemajuan yang diwartakan; dan
iii. Khidmat nasihat garis panduan perancangan dan piawaian perancangan diperingkat negeri dan persekutuan.

Kaedah
Khidmat nasihat perancangan oleh Jabatan Perancangan Bandar boleh dibuat melalui pelbagai platform seperti melalui surat rasmi, e-mel, telefon dan bersemuka melalui Bahagian Kawalan Perancangan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia Pahang).
PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 Jun 2025 • Jumlah Pelawat : 43,516
Kembali ke Atas
043516