Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%
Pengenalan
Manual Piawaian Perancangan Negeri Pahang Edisi 2.0 (MPPNP 2.0) adalah satu dokumen merupakan kompilasi semua garis panduan perancangan yang telah diperakui di Negeri Pahang melalui Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (MMK) sehingga tahun 2023 yang dijadikan rujukan dalam
menyediakan pelan kelulusan kebenaran merancang (KM) yang dipohon di bawah
seksyen 21, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].

Pengunapakaian MPPNP 2.0
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN ) Bil.3 / 2023 pada 19 Disember 2023 telah meluluskan MPPNP 2.0 sebagai dokumen rujukan perancangan di Negeri Pahang serta bersetuju membatalkan pengunaan Manual Piawaian Perancangan Negeri Pahang yang diterbitkan pada tahun 2017.
Pelaksanaan dan penggunapakaian kepada MPPNP 2.0 ini perlu selaras dengan rancangan pemajuan yang sedang berkuat kuasa di sesebuah kawasan pihak berkuasa perancangan tempatan, negeri Pahang.
MPPNP 2.0 ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan undang-undang dan garis panduan sedia ada yang diperakui oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Pahang dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (MMKN) Negeri Pahang.

Kandungan MPPNP 2.0
MPPNP 2.0 ini mengandungi 8 piawaian perancangan dan satu senarai Pekeliling YB SUK Negeri Pahang serta Garis Panduan Perancangan seperti berikut:
1. Piawaian Perumahan
2. Piawaian Penginapan Bekerja Berpusat
3. Piawaian Komersial
4. Piawaian Perindustrian
5. Piawaian Kemudahan Masyarakat
6. Piawaian Infrastruktur dan Utiliti
7. Piawaian Penternakan
8. Piawaian Kebenaran Merancang Pertanian bagi Kerja Kejuruteraan
9. Senarai PekelilingYB SUK Negeri Pahang dan senarai Garis Panduan Perancangan.



Infografik Manual Perancangan Piawaian Negeri Pahang 2.0

MPPNP 2.0 boleh di rujuk di kaunter Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang) atau dimiliki dengan harga RM150.00/unit. Sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan Bahagian  Kawalan Perancangan, PLANMalaysia Pahang.

Tarikh Kemaskini: 1 Januari 2025

PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 Jun 2025 • Jumlah Pelawat : 43,516
Kembali ke Atas
043516