Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2026 yang bertemakan "Bandar Kita Masa Depan Kita : Bersama Pahang Makmur, Berdaya Tahan dan Sejahtera” pada hari ini disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Antara kenamaan yang hadir ialah YB Dato' Sri Haji Mohd Sharkar Shamsudin, Speaker Dewan Negeri Pahang, YBrs. TPr Saidin bin Lateh, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) (PLANMalaysia) selaku wakil rasmi Ketua Pengarah PLANMalaysia, YAA Dato' Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, YH. Dato' TPr Hajah Nik Noraisu binti Nik Ibrahim, Pengarah PLANMalaysia Pahang selaku penganjur majlis.
Majlis dihadiri oleh Ketua - ketua jabatan di peringkat Persekutuan dan Negeri,semua Pihak Berkuasa Tempatan, semua Pejabat Tanah dan Daerah Negeri, JPKK terpilih, perunding perancang bandar dan lain-lain.
Tujuan sambutan HPBS pada hari ini adalah untuk meraikan dan menghargai sumbangan perancang bandar/ pengurus bandar yang terlibat secara langsung dalam bidang perancangan dan pembangunan di negeri Pahang.
Majlis pada hari ini turut menyampaikan hadiah bagi pemenang Anugerah Kampung Tradisi Pahang 1st yang telah disertai oleh 60 kampung daripada 1,933 kampung tradisi di seluruh negeri Pahang. Sebanyak 10 buah kampung telah disenarai pendek untuk menerima Anugerah pada hari ini.