Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) BIL.1/2025
16 Januari 2025
16 Januari 2025 I Khamis I Bilik Gerakan Sri Pahang, Tingkat 2, Blok B, PPSAS, KotaSAS.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil.1/2025 ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang manakala Pengarah PLANMalaysia Pahang, YBrs. Dato' TPr Nik Noraisu binti Nik Ibrahim selaku setiausaha mesyuarat.
Mesyuarat pada kali ini telah membincang dan mempertimbangkan sebanyak empat belas (14) kertas kerja iaitu :
i. Lima (5) kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan,
ii. Empat (4) kertas kerja untuk mendapatkan nasihat dan perakuan; dan
iii. Lima (5) kertas kerja untuk makluman.
Selain itu, mesyuarat turut menekankan keperluan mempercepatkan kelulusan permohonan pemajuan dengan bersifat lebih fleksibel dan realistik seiring dengan pematuhan kepada perundangan yang berkuat kuasa.
Semoga tahun ini membawa lebih banyak kejayaan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada kita, khususnya dalam usaha membangunkan Negeri Pahang selaras dengan tema " *Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan*".
Bahagian Perancangan Korporat dan Lembaga Rayuan

Gambar lain-lain ikuti kami di Facebook --> Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.1/2025

Gambar lain-lain ikuti kami di Facebook --> Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.1/2025