Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita Terkini

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran Awam Kajian Rancangan Tempatan Daerah Rompin, Pahang 2035 (Penggantian)

Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran Awam Kajian Rancangan Tempatan Daerah Rompin, Pahang 2035 (Penggantian)

13 Disember 2024

MESYUARAT JAWATANKUASA SIASATAN TEMPATAN DAN PENDENGARAN AWAM KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH ROMPIN, PAHANG 2035 (PENGGANTIAN)
13 Disember 2024 |Jumaat | Bilik Mesyuarat BPEN, Tingkat 4, Blok B, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam yang dipengerusikan oleh YH Dato' Ali Syahbana bin Sabaruddin , Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) telah diadakan di Bangunan Blok B Tingkat 4, Bilik Mesyuarat BPEN, Wisma Sri Pahang pada hari ini.
Mesyuarat turut dianggotai oleh panel dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang, dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang, Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin serta Lembaga Pembangunan Tioman bertindak selaku setiausaha mesyuarat.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mendengar dan mempertimbangkan 47 maklumbalas, cadangan dan bantahan yang diterima menerusi Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Rompin, Pahang 2035 (Penggantian) yang telah diadakan pada 1-31 Oktober 2024 yang lalu.
.
Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas
PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 Jun 2025 • Jumlah Pelawat : 43,517
Kembali ke Atas
043517