Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%
Laporan Cadangan Pemajuan Edisi Kedua ini adalah sebagai rujukan oleh Perancang Bandar berdaftar dan perunding yang berkelayakan untuk menyediakan LCP yang komprehensif dan berkualiti dalam mengemukakan permohonan kebenaran merancang. Manual ini dapat menjamin kualiti LCP sekaligus dapat menjadi dokumen rujukan utama oleh pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT), agensi-agensi teknikal dan pembuat pembuat keputusan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan yang terlibat dalam menimbang suatu permohonan kebenaran merancang.

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)
LCP adalah dokumen utama yang disertakan dalam permohonan kebenaran merancang sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen 21(1) Akta 172. Penyediaan LCP adalah
diwajibkan bagi pembangunan yang melebihi lima (5) ekar di negeri Pahang. Ianya hendaklah mengandungi perkara:-
a) konsep dan justifikasi pemajuan;
b) peta lokasi dan pelan tapak;
c) butir-butir hak milik tanah dan sekatan, jika ada;
      (i) perihal tanah termasuk alam sekitar dari segi fizikal, topografi, landskap, geologi, kontur, saliran, air dan tadahan air dan bentuk semula jadi di atasnya;
      (ii) suatu tinjauan pokok dan semua jenis tumbuh-tumbuhan; dan
      (iii) butir-butir bangunan, yang berkemungkinan disentuh oleh pemajuan itu;
d) analisis guna tanah dan kesannya terhadap tanah yang bersempadan;
e) pelan susun atur yang mengandungi butir-butir yang ditentukan dalam seksyen 21B; dan
f) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan. Subseksyen 21A(1A) Akta 172 memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk menentukan sama ada suatu analisis implikasi sosial pemajuan perlu dimasukkan ke dalam LCP.

Kategori Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)
Selaras dengan tafsiran pemajuan di bawah Akta 172, LCP diperincikan kepada 7 kategori iaitu:
LCP 1: Kebenaran Merancang Kerja Bangunan
LCP 2: Kebenaran Merancang Kerja Kejuruteraan
LCP 3: Kebenaran Merancang Kerja Perlombongan
LCP 4: Kebenaran Merancang Kerja Perindustrian
LCP 5: Kebenaran Merancang Perubahan Material Penggunaan Tanah
LCP 6: Kebenaran Merancang Perubahan Material Penggunaan Bangunan
LCP 7: Kebenaran Merancang Susunan Penggunaan Tanah Untuk Tujuan MemecahSempadan Atau Mencantumkan Tanah


 manual_laporan_cdgn_pemajuan.jpeg



PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 Jun 2025 • Jumlah Pelawat : 43,516
Kembali ke Atas
043516