Ia merupakan suatu pelan cadangan yang lebih terperinci berbanding dengan RT, yang lebih mirip kepada “action area plan”. RKK akan mengandungi cadangan-cadangan tindakan khusus untuk satu kawasan yang telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan, bagi tujuan:
• Pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan.
• Pemajuan semula.
• Pengelokan.
• Pemuliharaan atau amalan pengurusan sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu.
• Jenis pengolahan yang dicadangkan
Fungsi Rancangan Kawasan Khas
• Sebagai panduan terperinci dalam kawalan dan perancangan bagi kawasan yang telah dikhaskan.
• Sebagai alat pembangunan yang teratur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan