Rancangan Struktur (RS) merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar-dasar serta cadangan pemajuan dan penggunaan tanah di sesebuah negeri yang disediakan selaras denganperuntukan Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Ini termasuklah perkara-perkara berikut:
Dasar dan cadangan-cadangan am berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah, termasuk langkah-langkah bagi memperelokkan persekitaran hidup dari segi fizikal, perhubungan, pengurusan lalu-lintas, kesejahteraan, sosio-ekonomi, menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan mampan;
Pertalian cadangan-cadangan itu dengan cadangan-cadangan am bagi pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan-kawasan berjiran yang dijangka menyentuh kawasan tersebut;
Perkara-perkara lain yang ditetapkan atau ditentukan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) atau Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN);
RS juga perlu mengandungi gambarajah, ilustrasi, pelan atau bahan-bahan yang boleh menjelaskan cadangan-cadangan yang dibentuk.
RSN Pahang 2050 disediakan mengikut Seksyen 11, Akta 172 menggariskan dasar-dasar dan cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal bagi seluruh Negeri Pahang menjelang tahun 2050. RSN Pahang 2050 telah diwartakan pada 14 Mac 2019 No. Warta 297.