Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 [Akta 172] telah memperuntukkan penyediaan Rancangan Tempatan iaitu di bawah Seksyen 12 hingga 16. Berdasarkan kepada Subseksyen 12(3) Akta 172, RT perlu mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis dan hendaklah membuat rumusan yang mengandungi apa-apa perincian yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi:

• Memajukan dan menggunakan tanah;
• Melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal;
• Memelihara topografi semula jadi;
• Memelihara dan menanam pokok;
• Memperelok landskap;
• Mengadakan tanah lapang;
• Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan;
• Memperbaiki sistem komunikasi; dan
• Mengendalikan pengurusan lalu lintas.

Rancangan Tempatan juga mengandungi perkara-perkara yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN). Selain itu, subseksyen 12(4), Akta 172 juga menjelaskan bahawa Rancangan Tempatan hendaklah juga mengandungi dan disertakan dengan gambarajah, gambarangambaran dan bahan-bahan yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) untuk maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan-cadangan di dalam rancangan itu.

PLANMalaysia Pahang
© Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 14 Januari 2026 • Jumlah Pelawat : 52,640
Kembali ke Atas
052640